Followers

Tuesday, May 8, 2012

Selamat Pengantin Baru Aizad & Nadia

السَّلاَمُعَلَيْكُمْوَرَحْمَةُاللهِوَبَرَكَاتُهُ

; First sekali saya nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Aizad Azmy & pasangannya Nadia Mirae . Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki . Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu . Seorang lagi kawan aku sudah pun ke alam berumah tangga . Alhamdulillah semuanya berjalan lancar . Tak silap aku dari perkiraan hanya menggunakan jari jemari , sudah dekat 7 tahun aku mengenali dorang . Semoga persahabatan kami kekal ke penghujung hayat dunia , Amin .


; Saya bersama dengan kawan yang lain dapat invite dari tuan empunye badan di facebook . Kami semua mengenali dari satu club motor yang diberi nama Jhon . Walaupun kami dah jarang lepak-ing bersama tapi kami still contact di group dalam facebook , ni link group " Jhon " . Semua gambar2 kenangan aku upload semua ade kat dalam sana :) 


Kami pun buat perancangan nak bertolak bersama beramai-ramai . Malam sabtu tu Atan turun dari Perak . Aku lepak di Danau Kota bersama Wan Chik & Opeq sementara menunggu kedatangan Atan & wife dia . Atan takda tempat beradu so opeq menawarkan beliau meniduri diri beliau di rumah dia . So beliau dan wife beliau pun bersetuju :)

Pagi ahad kami berkumpul di Samudra (HQ) *bak kata apek . ekekeke* Pukul 10.30 disana . Biasalah janji melayu mesti lewat ~.~' Btw aku sampai awal k , kene hujan lagi :( Tapi itu tak menghalang untuk aku sampai ke destinasi . Sorang-sorang sampai & bila semua dah ada kami pun bertolak . Tak silap aku kami bertolak dalam 11.30 camtu . So kami pun bertolak . Aku tumpang kereta Atan . Aku berdoa didalam hati semoga kami selamat pergi & balik , Amin .

Kami singgah si stesyen minyak berdekatan dahulu . Sempat g amek gambar . ehehehe


Selepas bertolak kami ada singgah berhenti di tepi jalan beberapa kali sambil menunggu ade kawan-kawan yang tertinggal . Molok marshall depan , Apek marshall belakang .




Dah lama x berkumpul macam ni . Mungkin ini yang terakhir , dan mungkin juga ini sebagai pelepas rindu . Terima kasih semua yang datang . Walaupun x semua yang datang , tapi ia dapat menunjukkan yang kami tetap ada untuk kami :)



Gambar kat atas ni kami singgah berhenti di gerai tepi jalan untuk menanyakan dimana rumah pengantin .  eh eh ? ~.~'


Kami dah pun sampai ke destinasi . Alhamdulillah :) Myrull, Rasul, Akak & Abang angkat beliau sudah pun berada disana ketika kami sampai . Dorang datang dari Seremban . Heri Kecik pulak datang dari Melaka menyusul sesudah kami semua sampai :)


Ni banner kat depan rumah pengantin .


Semua stanby nak masuk perkarangan rumah pengantin . Aku pun beratur sekali la amek berkat . ekekeke~ 


Haa~ ini dia pengantin tuuu :) Aku salam je si Aizad ni dia cakap aku dah gemok . Selamat bini dia kat belakang tu . Kalau tak , dah x sempat malam pertama . Sempat jugak la kawan aku pesan . "ingat , malam pertama ikut step" aku tergelak je mampu ~.~'

Time makan aku tak sempat nak amek gambar . Masing-masing dok sebok bergossip . Laki , perempuan , laki orang , bini orang , mak ayah orang semua sama jea . hikhik >.< Yer lah dah lama tak berkumpul ketemu camni :)


Sebelum kami pulang ke bandar halaman masing-masing kami bergambar bersama pengantin .
Belakang ; Wan Jepun, DannyMolokAyepApek, Tunang Apek, Atan, Bini Atan, Dekwa, Mak Dekwa, KombangRasulMyrullBoy
Depan ; MeOpeq, Anak Opeq, Bini Opeq, Bini Danny, DeqoneAizadNadiaBaby DeqoneBini Bob, Anak Bob, Bob, Wan ChikHeri Kecik, Luncai
Takda dalam gambar ; Aien & anak-anak beliau


Brother kita sorang ni tengah promote sticker cermin kereta , "Jhon" . RM10 katanya . We want discount >.<


Kami sempat berhenti sebentar selepas keluar dari simpang rumah pengantin :)


Aku ambil gambar ni bukan ape . Gambar aku paling sikit dalam kamera aku sendiri :( Aku harap korang x marah aku nak posing jap :ppp


Ingatkan selepas sampai ke KL semua balik ke rumah masing-masing . Aku dapat call dari Opeq & Molok yang dorang menuju ke titiwangsa . Aku pun menuju ke sane . Sempat jugak kami lepak-lepak minum .

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan semua selamat sampai ke manis rumah manis masing-masing :)


; Take & edit by me :)

Saturday, May 5, 2012

sedih citer ni..besarnya pengorbanan seorang adik..

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.
Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan
anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.


Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia
meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan
panjang sedepa di tangan ayah.


"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.


Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua
kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.


"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat
tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.


Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya
sambil berkata, "Saya yang ambil!"


Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah
kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik
tak tumpah.


Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:


"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"


Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang
berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.
Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.


Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang
takut berkata benar.


Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"


Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.


Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku
bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah
berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
pra-universiti.


Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang
dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"


"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.


"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"


Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"


Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung
wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.


Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu
aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.


"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan
kamu, ayah akan lakukan!"


"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu
minyak pada pipinya yang bengkak.


"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."


Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa
bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat
dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....


"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja
dan akan kirim wang buat akak."


Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup
kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.


Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda
kampung tunggu kau kat luar!"


"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"


Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan
pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang
kampung, sebutlah adik yang datang!"


Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang
akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"


Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup
tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas
bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.


Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa
orang lain kata."


Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia
mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis
pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."


Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.


Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku
lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.


"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."


"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."


Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.


"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.


"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.


Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja
keras."


Apalagi...aku menangis seperti selalu.


Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik.


"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.


"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
ada."


"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.


"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.


Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara
majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"


Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.


"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai
kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia
berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah
sebab tertikam tunggul dan calar-balar."


"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja
demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai
bila-bila."


Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria..




#Tanpa aku sedari mengalir air mata aku ketika baca cerita ni . Kalau lah adik aku pun ... ... , tapi sayang , malah dia pernah sampaikan kat orang nak pecahkan muka aku lagi ada . Tersalah memilih kawan macam ni lah jadinya . Kata-kata orang tua ; ketika kecil jangan sesekali memukulnya dengan tali pinggang kerana nanti bila dia dah besar akan degil + kurang ajar . (depan mata aku ayah aku pernah melibas dia) . Bukan nak percaya takot syirik tapi boleh menjadi teladan dan dah terbukti pun . Aku pun teruk jugak . Tapi se alpa-alpa aku tak pernah aku menidakkan apa yang di larang oleh Allah s.w.t . Takpelah , mungkin sudah tertulis kamus hidup aku macam ni sejak azali . Semoga suatu hari nanti Tuhan membuka pintu hati dia mane satu yang jernih mane satu yang keruh :)

Puisi - Selamat Pagi Cinta

Music ; Selamat Pagi Cinta - Violin Instrumental


#play kan lagu ni sambil baca puisi ni tau ^_^


ke kiri ku buntu
ke hutan ku hilang
ke timur ku kosong


aku terus bosan dan tertekan,
seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku,
dalam ke dasar kerak bumi yang belum diterokai


warnaku rindu
jiwaku biru


menunggu cintaku
umpama si buta
yang melihat syurga


umpama lampu
yang berbunyi
hitam


lalu menunggu aku
terus


kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari


dibebankan
dengan bunyi
rintisan hujan


seperti mahu saja
aku mengejar


gunung yang
besarnya tidak
terdakap


seperti itu jugalah
rindu aku pada ...


kini harus aku terus menunggu


atau hilang saja
dilautan luas

Friday, April 27, 2012

Renungan buat wanita


Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh."


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."


"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada.

Thursday, April 19, 2012

Kisah Kopi Masin



Dia bertemu dengan gadis itu di sebuah pesta, gadis yang menakjubkan. Banyak jejaka berusaha mendekatinya. Sedangkan dia sendiri hanya seorang lelaki biasa. Tiada seorang gadis pun yang begitu mempedulikannya. Apabila pesta telah selesai, dia mengundang gadis itu untuk minum kopi bersamanya. Walaupun terkejut dengan undangan yang mendadak, si gadis tidak mahu mengecewakannya. Mereka berdua duduk di sebuah kedai kopi yang begitu nyaman. Si lelaki begitu gugup untuk mengatakan sesuatu, sedangkan si gadis merasa sangat tidak selesa.


"Cepat katakan sesuatu. Aku ingin segera pulang", kata si gadis dalam hatinya.

Tiba-tiba si laki-laki berkata pada pelayan, "Tolong ambilkan saya garam. Saya ingin membubuhkan dalam kopi saya."

Semua orang memandang dan melihat aneh padanya. Mukanya mendadak menjadi merah, tapi dia tetap mengambil dan membubuhkan garam dalam kopi serta meminum kopinya.

Sang gadis bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepadanya, "Kebiasaanmu sangat aneh?".
"Saat aku masih kecil, aku tinggal dekat laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di mana aku dapat merasakan laut masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini",jawab si laki-laki.

"Sekarang, tiap kali aku minum kopi masin, aku jadi teringat akan masa kecilku, tanah kelahiranku. Aku sangat merindukan kampung halamanku, rindu kedua orang tuaku yang masih tinggal di sana", lanjutnya dengan mata berlinang.

Sang gadis begitu terharu. Itu adalah hal sangat menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang laki-laki yang mengungkapkan kerinduan akan kampung halamannya. Ia pasti seorang yang mencintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Ia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Kemudian sang gadis memulakan perbualan, mulai bercerita tentang tempat tinggalnya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya..Perbualan yang sangat menarik bagi mereka berdua. Dan itu juga merupakan permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka terus menjalin hubungan. Sang gadis menyedari bahawa dia adalah lelaki idamannya. Dia begitu toleran, baik hati, hangat, penuh perhatian..kesimpulannya dia adalah lelaki baik yang hampir saja diabaikan begitu saja.

Untung saja ada kopi masin !

Seperti setiap kisah cinta yang indah: sang puteri menikah dengan sang putera, dan mereka hidup bahagia… Begitulah lelaki dan gadis itu akhirnya bernikah. Dan, setiap kali dia membuatkan suaminya secangkir kopi, dia membubuhkan sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun berlalu, si laki-laki meninggal dunia. Dia meninggalkan sepucuk surat bagi isterinya:

"Sayangku, maafkanlah aku. Maafkan kebohongan yang telah aku buat sepanjang hidupku. Ini adalah satu-satunya kebohonganku padamu—tentang kopi masin. Kamu ingatkan saat kita pertama kali berkenalan? Aku sangat gugup waktu itu. Sebenarnya aku menginginkan sedikit gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin membatalkannya, tapi aku tak sanggup, maka aku biarkan saja semuanya. Aku tak pernah sangka hal itu akan menjadi awal perbualan kita. Aku telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu. Aku telah mencubanya beberapa kali dalam hidupku, tapi aku begitu takut untuk melakukannya, kerana aku telah berjanji untuk tidak menyembunyikan apapun darimu… Sekarang saat kau membaca surat ini, aku sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu aku bimbangkan, maka aku akan mengatakan ini padamu: Aku tidak menyukai kopi yang masin. Tapi sejak aku mengenalimu, aku selalu minum kopi yang rasanya masin sepanjang hidupku. Aku tidak pernah menyesal atas semua yang telah aku lakukan padamu. Aku tidak pernah menyesali semuanya. Dapat berada disampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidupku. Jika aku punya kesempatan untuk menjalani hidup sekali lagi, aku tetap akan berusaha mengenalimu dan menjadikanmu isteriku walaupun aku harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, airmatanya membasahi surat itu.

Suatu hari seseorang telah bertanyanya, "Bagaimana rasa kopi masin?"

Si gadis pasti menjawab, "Rasanya begitu manis."

*Kadang-kadang anda merasakan anda mengenali seseorang lebih baik dari orang lain, tapi hanya untuk menyedari bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi.



#Kita diajar bahawa kopi tak bagus untuk kesihatan . Namun sebenarnya kopi adalah minuman kegemaran Nabi selain susu dan madu . @babynazyrul

Thursday, April 12, 2012

Gath KakiLIKE - 8 April 2012



Assalamualaikum w.b.t . Cepat betul masa dah berlalu . Kebanyakkannya dah lebih setahun aku kenal dorang ni . Dorang semua boleh dikatakan semua budak budak dari page KakiLIKE . Aku mengaku yang aku dah kurang sangat lepak sane . Lagi lagi semenjak aku dapat tahu page tukar ke timeline >_< Walau macam mane pun ape yang aku nak sampaikan kali ni .

 Buat kali ke berapa tah aku turun untuk lepak-ing bersama dorang . Alhamdulillah semua berjalan lancar . Dua hari before gath aku terbaca di wall Afif Aiman . Dorang nak jumpe kat Times Square . Aku jarang on9 so jalan paling senang adalah aku kol adik aku sorang ni yang bernama Nona Izyan . Dia pon konfomkan yang adik aku lagi sorang Zatia Nabila turut serta . Dan nona ada bagitahu brother Aizat Cendoi dari jauh turun dari Penang ke KL . Nama Yan Yann juga ada dalam list akan hadir :) Aku pun dapat kol dari adik aku lagi sorang Isya Syahirah . 
Macam macam kitaorang bercerita malam tu . Dia tanye aku turun tak esok . Aku cakap yaa n aku ajak dia , tapi dia hanya mampu berkata "tengoklah macam mane dulu abang" . Segan lettewwww . Tiba tiba pada malam yang sama adik aku lagi sorang Dyra Adnan tweet aku tanya aku p tak esok . Jap !! ade iklan . follow twitter aku . ni link @babynazyrul . BHAHAHA . Maaf . Apa kata kita sambung balik cerite =,= . Sembang punye sembang , aku mintak dari dia no Zatia . So aku terus komen kat status Zatia bagitahu aku nak miskol dia , untuk gtao aku sok nak jumpa camne .

Btw apa yang aku dapat tahu ni adalah gath budak budak group SoLonely Vegas . Tapi aku rasa ramai kat sane kebanyakkan semua dari KakiLIKE . So takpelah boleh merapatkan siraturrahim :) Aku terjaga tidur awal subuh dapat text dari Zatia . Berkumpul dekat hall Times Square pukul 10 . Pukul 9 aku dapat kol dari Afif jumpa kat hall pukul 12 =,= . Malas nak fikir panjang , aku gerak tengah tengah , dari rumah pukul 11 .

Sampai je aku kat sane , aku p makan kat mekdi dulu . Lepas makan aku dapat kol dari adik aku lagi sorang Isya . Banyak kali dia kol . Aku tahu dia nak datang jugak tapi segan . Penat tau pujuk dia . Akhirnya dia datang jugak . Walaupun agak lambat tapi aku berjaya memujuk hati yang keras . HAHA . Ketemu jugak la . Dia segan pada mulanya , tapi last last . hhmmmmm -.-' Kamera aku sorang je ada gambar Isya . Maaf korang , aku tak dapat nak masukkan sebab Isya pesan tolong jangan . Aku terpaksa berjanji dan aku seorang pemegang amanah ! Itu aku . Kalau korang nak jugak tanye Isya , dia cakap on , aku akan upload okayyy :)

So sesudah makan , aku dapat text dari Afif mengatakan yang Aizat dah sampai , so aku mintak no dia terus kol . Kami jumpa di food court bawah . Kat sana ada Dila Carrot , Una Nana & Ahmad Hafiz Fazrin (Ne-Yo Slv) . Kami menunggu Afif , Zatia dan Yan datang . Dorang sampai je kami terus bergerak p berjumpa yang lain kat bowling . kat bawah ni lah first time meet ramai ramai ^_^





Belakang ; Una Nana , Dila Carrot , Midie


Lepas tu kami pun bergerak nak ke kedai mamak atas KTV Imbi .

Kiri ;  Jay Eiichirou

Tiga pic kat atas ni time kitaorang kat kedai mamak tu . Aku pun x tahu lak dorang ade buat sambut birthday Dila Carrot , sebab aku dah gerak ke TS untuk solat bersama Aizat , Afif , Yan & Dyra . Di kesempatan ini aku ingin  mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Dila Carrot ^_^


Lepas tu kami berlima menghala ke Johnny's Restaurant . Gambar kat bawah ni kami sedang menunggu giliran nak masuk ke restaurant tu .



Dan ketika kami bersedia hendak menjamu selera :) Blurppp alhamdulillah ^_^


Gambar gambar kat atas ni kami kat bowling . wohhooo .Dah lame aku x main bowling >_<


Game pertama aku menang , tapi game kedua Aizat menang . Chill lah ^_^

Tengah ; Carol Nyzem , Adib Capital , Wa Ah Pet

Pic kat atas ni pulak time dorang baru lepas karaoke . Time ni aku takde sebab aku dapat panggilan dari Isya yang dia dah sampai . So aku pun berlari p kat depan pintu masuk TS . Malu dia , first time jumpa kan . hee :D


Lepas kitaorang ambil Isya . Takde hala tuju sebab yang lain p tengok wayang . So kami ke food court bawah tadi nak minum . Agak dahaga jugak la . Aizat yang belanja . hehehe :D


Isya segan nak ambil gambar . So Afif pun buat buat malu . Kelakar time kat sini . Sorang sorang kene interview . huehuehue :D



Dekat 5 minit kami mencari orang untuk ambil gambar kami berenam . Akhirnye dapat jugak . hee :D

Alhamdulillah kudrat kehendakNya . Semua selamat , takde ape ape tragedi yang tak di ingini . Before ni aku pernah buat entry tentang gath KakiLIKE jugak . Bulan 8 2011 . Berbuka puasa di Kampung Baru . nie link dia ---> KakiLIKE . Ketika itu arwah Akak Sofea atau dikenali sebagai Sadiqah Qasidah masih ada . Semoga Allah menempatkan beliau bersama sama dengan orang orang beriman . Amin . Rindu kat akak . [ Ketika saya tengah menaip tentang akak ni naik bulu roma saya kak , akak ada kat sini ke akak ketika saya menaip ni ? ) i'll miss you badly :') ]

Banyak lagi gambar gambar . semua ade kat sini [ Gath KakiLIKE ] . Tapi yang friends dengan facebook saya je boleh tengok . Ni link facebook saya {  Muhammad Nazyrul Ashwad } .

Saya dah xtau nak taip ape dah , kehabisan idea , sebab tu la saya berhenti kat sini ..

Assalammualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh