Followers

Tuesday, May 8, 2012

Selamat Pengantin Baru Aizad & Nadia

السَّلاَمُعَلَيْكُمْوَرَحْمَةُاللهِوَبَرَكَاتُهُ

; First sekali saya nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Aizad Azmy & pasangannya Nadia Mirae . Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki . Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu . Seorang lagi kawan aku sudah pun ke alam berumah tangga . Alhamdulillah semuanya berjalan lancar . Tak silap aku dari perkiraan hanya menggunakan jari jemari , sudah dekat 7 tahun aku mengenali dorang . Semoga persahabatan kami kekal ke penghujung hayat dunia , Amin .


; Saya bersama dengan kawan yang lain dapat invite dari tuan empunye badan di facebook . Kami semua mengenali dari satu club motor yang diberi nama Jhon . Walaupun kami dah jarang lepak-ing bersama tapi kami still contact di group dalam facebook , ni link group " Jhon " . Semua gambar2 kenangan aku upload semua ade kat dalam sana :) 


Kami pun buat perancangan nak bertolak bersama beramai-ramai . Malam sabtu tu Atan turun dari Perak . Aku lepak di Danau Kota bersama Wan Chik & Opeq sementara menunggu kedatangan Atan & wife dia . Atan takda tempat beradu so opeq menawarkan beliau meniduri diri beliau di rumah dia . So beliau dan wife beliau pun bersetuju :)

Pagi ahad kami berkumpul di Samudra (HQ) *bak kata apek . ekekeke* Pukul 10.30 disana . Biasalah janji melayu mesti lewat ~.~' Btw aku sampai awal k , kene hujan lagi :( Tapi itu tak menghalang untuk aku sampai ke destinasi . Sorang-sorang sampai & bila semua dah ada kami pun bertolak . Tak silap aku kami bertolak dalam 11.30 camtu . So kami pun bertolak . Aku tumpang kereta Atan . Aku berdoa didalam hati semoga kami selamat pergi & balik , Amin .

Kami singgah si stesyen minyak berdekatan dahulu . Sempat g amek gambar . ehehehe


Selepas bertolak kami ada singgah berhenti di tepi jalan beberapa kali sambil menunggu ade kawan-kawan yang tertinggal . Molok marshall depan , Apek marshall belakang .




Dah lama x berkumpul macam ni . Mungkin ini yang terakhir , dan mungkin juga ini sebagai pelepas rindu . Terima kasih semua yang datang . Walaupun x semua yang datang , tapi ia dapat menunjukkan yang kami tetap ada untuk kami :)



Gambar kat atas ni kami singgah berhenti di gerai tepi jalan untuk menanyakan dimana rumah pengantin .  eh eh ? ~.~'


Kami dah pun sampai ke destinasi . Alhamdulillah :) Myrull, Rasul, Akak & Abang angkat beliau sudah pun berada disana ketika kami sampai . Dorang datang dari Seremban . Heri Kecik pulak datang dari Melaka menyusul sesudah kami semua sampai :)


Ni banner kat depan rumah pengantin .


Semua stanby nak masuk perkarangan rumah pengantin . Aku pun beratur sekali la amek berkat . ekekeke~ 


Haa~ ini dia pengantin tuuu :) Aku salam je si Aizad ni dia cakap aku dah gemok . Selamat bini dia kat belakang tu . Kalau tak , dah x sempat malam pertama . Sempat jugak la kawan aku pesan . "ingat , malam pertama ikut step" aku tergelak je mampu ~.~'

Time makan aku tak sempat nak amek gambar . Masing-masing dok sebok bergossip . Laki , perempuan , laki orang , bini orang , mak ayah orang semua sama jea . hikhik >.< Yer lah dah lama tak berkumpul ketemu camni :)


Sebelum kami pulang ke bandar halaman masing-masing kami bergambar bersama pengantin .
Belakang ; Wan Jepun, DannyMolokAyepApek, Tunang Apek, Atan, Bini Atan, Dekwa, Mak Dekwa, KombangRasulMyrullBoy
Depan ; MeOpeq, Anak Opeq, Bini Opeq, Bini Danny, DeqoneAizadNadiaBaby DeqoneBini Bob, Anak Bob, Bob, Wan ChikHeri Kecik, Luncai
Takda dalam gambar ; Aien & anak-anak beliau


Brother kita sorang ni tengah promote sticker cermin kereta , "Jhon" . RM10 katanya . We want discount >.<


Kami sempat berhenti sebentar selepas keluar dari simpang rumah pengantin :)


Aku ambil gambar ni bukan ape . Gambar aku paling sikit dalam kamera aku sendiri :( Aku harap korang x marah aku nak posing jap :ppp


Ingatkan selepas sampai ke KL semua balik ke rumah masing-masing . Aku dapat call dari Opeq & Molok yang dorang menuju ke titiwangsa . Aku pun menuju ke sane . Sempat jugak kami lepak-lepak minum .

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan semua selamat sampai ke manis rumah manis masing-masing :)


; Take & edit by me :)

Saturday, May 5, 2012

sedih citer ni..besarnya pengorbanan seorang adik..

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.
Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan
anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.


Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia
meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan
panjang sedepa di tangan ayah.


"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.


Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua
kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.


"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat
tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.


Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya
sambil berkata, "Saya yang ambil!"


Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah
kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik
tak tumpah.


Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:


"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"


Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang
berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.
Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.


Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang
takut berkata benar.


Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"


Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.


Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku
bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah
berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
pra-universiti.


Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang
dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"


"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.


"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"


Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"


Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung
wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.


Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu
aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.


"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan
kamu, ayah akan lakukan!"


"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu
minyak pada pipinya yang bengkak.


"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."


Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa
bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat
dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....


"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja
dan akan kirim wang buat akak."


Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup
kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.


Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda
kampung tunggu kau kat luar!"


"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"


Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan
pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang
kampung, sebutlah adik yang datang!"


Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang
akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"


Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup
tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas
bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.


Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa
orang lain kata."


Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia
mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis
pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."


Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.


Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku
lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.


"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."


"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."


Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.


"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.


"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.


Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja
keras."


Apalagi...aku menangis seperti selalu.


Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik.


"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.


"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
ada."


"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.


"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.


Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara
majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"


Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.


"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai
kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia
berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah
sebab tertikam tunggul dan calar-balar."


"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja
demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai
bila-bila."


Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria..




#Tanpa aku sedari mengalir air mata aku ketika baca cerita ni . Kalau lah adik aku pun ... ... , tapi sayang , malah dia pernah sampaikan kat orang nak pecahkan muka aku lagi ada . Tersalah memilih kawan macam ni lah jadinya . Kata-kata orang tua ; ketika kecil jangan sesekali memukulnya dengan tali pinggang kerana nanti bila dia dah besar akan degil + kurang ajar . (depan mata aku ayah aku pernah melibas dia) . Bukan nak percaya takot syirik tapi boleh menjadi teladan dan dah terbukti pun . Aku pun teruk jugak . Tapi se alpa-alpa aku tak pernah aku menidakkan apa yang di larang oleh Allah s.w.t . Takpelah , mungkin sudah tertulis kamus hidup aku macam ni sejak azali . Semoga suatu hari nanti Tuhan membuka pintu hati dia mane satu yang jernih mane satu yang keruh :)

Puisi - Selamat Pagi Cinta

Music ; Selamat Pagi Cinta - Violin Instrumental


#play kan lagu ni sambil baca puisi ni tau ^_^


ke kiri ku buntu
ke hutan ku hilang
ke timur ku kosong


aku terus bosan dan tertekan,
seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku,
dalam ke dasar kerak bumi yang belum diterokai


warnaku rindu
jiwaku biru


menunggu cintaku
umpama si buta
yang melihat syurga


umpama lampu
yang berbunyi
hitam


lalu menunggu aku
terus


kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari


dibebankan
dengan bunyi
rintisan hujan


seperti mahu saja
aku mengejar


gunung yang
besarnya tidak
terdakap


seperti itu jugalah
rindu aku pada ...


kini harus aku terus menunggu


atau hilang saja
dilautan luas