Followers

Friday, April 27, 2012

Renungan buat wanita


Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh."


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."


"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada.

Thursday, April 19, 2012

Kisah Kopi Masin



Dia bertemu dengan gadis itu di sebuah pesta, gadis yang menakjubkan. Banyak jejaka berusaha mendekatinya. Sedangkan dia sendiri hanya seorang lelaki biasa. Tiada seorang gadis pun yang begitu mempedulikannya. Apabila pesta telah selesai, dia mengundang gadis itu untuk minum kopi bersamanya. Walaupun terkejut dengan undangan yang mendadak, si gadis tidak mahu mengecewakannya. Mereka berdua duduk di sebuah kedai kopi yang begitu nyaman. Si lelaki begitu gugup untuk mengatakan sesuatu, sedangkan si gadis merasa sangat tidak selesa.


"Cepat katakan sesuatu. Aku ingin segera pulang", kata si gadis dalam hatinya.

Tiba-tiba si laki-laki berkata pada pelayan, "Tolong ambilkan saya garam. Saya ingin membubuhkan dalam kopi saya."

Semua orang memandang dan melihat aneh padanya. Mukanya mendadak menjadi merah, tapi dia tetap mengambil dan membubuhkan garam dalam kopi serta meminum kopinya.

Sang gadis bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepadanya, "Kebiasaanmu sangat aneh?".
"Saat aku masih kecil, aku tinggal dekat laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di mana aku dapat merasakan laut masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini",jawab si laki-laki.

"Sekarang, tiap kali aku minum kopi masin, aku jadi teringat akan masa kecilku, tanah kelahiranku. Aku sangat merindukan kampung halamanku, rindu kedua orang tuaku yang masih tinggal di sana", lanjutnya dengan mata berlinang.

Sang gadis begitu terharu. Itu adalah hal sangat menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang laki-laki yang mengungkapkan kerinduan akan kampung halamannya. Ia pasti seorang yang mencintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Ia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Kemudian sang gadis memulakan perbualan, mulai bercerita tentang tempat tinggalnya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya..Perbualan yang sangat menarik bagi mereka berdua. Dan itu juga merupakan permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka terus menjalin hubungan. Sang gadis menyedari bahawa dia adalah lelaki idamannya. Dia begitu toleran, baik hati, hangat, penuh perhatian..kesimpulannya dia adalah lelaki baik yang hampir saja diabaikan begitu saja.

Untung saja ada kopi masin !

Seperti setiap kisah cinta yang indah: sang puteri menikah dengan sang putera, dan mereka hidup bahagia… Begitulah lelaki dan gadis itu akhirnya bernikah. Dan, setiap kali dia membuatkan suaminya secangkir kopi, dia membubuhkan sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun berlalu, si laki-laki meninggal dunia. Dia meninggalkan sepucuk surat bagi isterinya:

"Sayangku, maafkanlah aku. Maafkan kebohongan yang telah aku buat sepanjang hidupku. Ini adalah satu-satunya kebohonganku padamu—tentang kopi masin. Kamu ingatkan saat kita pertama kali berkenalan? Aku sangat gugup waktu itu. Sebenarnya aku menginginkan sedikit gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin membatalkannya, tapi aku tak sanggup, maka aku biarkan saja semuanya. Aku tak pernah sangka hal itu akan menjadi awal perbualan kita. Aku telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu. Aku telah mencubanya beberapa kali dalam hidupku, tapi aku begitu takut untuk melakukannya, kerana aku telah berjanji untuk tidak menyembunyikan apapun darimu… Sekarang saat kau membaca surat ini, aku sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu aku bimbangkan, maka aku akan mengatakan ini padamu: Aku tidak menyukai kopi yang masin. Tapi sejak aku mengenalimu, aku selalu minum kopi yang rasanya masin sepanjang hidupku. Aku tidak pernah menyesal atas semua yang telah aku lakukan padamu. Aku tidak pernah menyesali semuanya. Dapat berada disampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidupku. Jika aku punya kesempatan untuk menjalani hidup sekali lagi, aku tetap akan berusaha mengenalimu dan menjadikanmu isteriku walaupun aku harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, airmatanya membasahi surat itu.

Suatu hari seseorang telah bertanyanya, "Bagaimana rasa kopi masin?"

Si gadis pasti menjawab, "Rasanya begitu manis."

*Kadang-kadang anda merasakan anda mengenali seseorang lebih baik dari orang lain, tapi hanya untuk menyedari bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi.



#Kita diajar bahawa kopi tak bagus untuk kesihatan . Namun sebenarnya kopi adalah minuman kegemaran Nabi selain susu dan madu . @babynazyrul

Thursday, April 12, 2012

Gath KakiLIKE - 8 April 2012



Assalamualaikum w.b.t . Cepat betul masa dah berlalu . Kebanyakkannya dah lebih setahun aku kenal dorang ni . Dorang semua boleh dikatakan semua budak budak dari page KakiLIKE . Aku mengaku yang aku dah kurang sangat lepak sane . Lagi lagi semenjak aku dapat tahu page tukar ke timeline >_< Walau macam mane pun ape yang aku nak sampaikan kali ni .

 Buat kali ke berapa tah aku turun untuk lepak-ing bersama dorang . Alhamdulillah semua berjalan lancar . Dua hari before gath aku terbaca di wall Afif Aiman . Dorang nak jumpe kat Times Square . Aku jarang on9 so jalan paling senang adalah aku kol adik aku sorang ni yang bernama Nona Izyan . Dia pon konfomkan yang adik aku lagi sorang Zatia Nabila turut serta . Dan nona ada bagitahu brother Aizat Cendoi dari jauh turun dari Penang ke KL . Nama Yan Yann juga ada dalam list akan hadir :) Aku pun dapat kol dari adik aku lagi sorang Isya Syahirah . 
Macam macam kitaorang bercerita malam tu . Dia tanye aku turun tak esok . Aku cakap yaa n aku ajak dia , tapi dia hanya mampu berkata "tengoklah macam mane dulu abang" . Segan lettewwww . Tiba tiba pada malam yang sama adik aku lagi sorang Dyra Adnan tweet aku tanya aku p tak esok . Jap !! ade iklan . follow twitter aku . ni link @babynazyrul . BHAHAHA . Maaf . Apa kata kita sambung balik cerite =,= . Sembang punye sembang , aku mintak dari dia no Zatia . So aku terus komen kat status Zatia bagitahu aku nak miskol dia , untuk gtao aku sok nak jumpa camne .

Btw apa yang aku dapat tahu ni adalah gath budak budak group SoLonely Vegas . Tapi aku rasa ramai kat sane kebanyakkan semua dari KakiLIKE . So takpelah boleh merapatkan siraturrahim :) Aku terjaga tidur awal subuh dapat text dari Zatia . Berkumpul dekat hall Times Square pukul 10 . Pukul 9 aku dapat kol dari Afif jumpa kat hall pukul 12 =,= . Malas nak fikir panjang , aku gerak tengah tengah , dari rumah pukul 11 .

Sampai je aku kat sane , aku p makan kat mekdi dulu . Lepas makan aku dapat kol dari adik aku lagi sorang Isya . Banyak kali dia kol . Aku tahu dia nak datang jugak tapi segan . Penat tau pujuk dia . Akhirnya dia datang jugak . Walaupun agak lambat tapi aku berjaya memujuk hati yang keras . HAHA . Ketemu jugak la . Dia segan pada mulanya , tapi last last . hhmmmmm -.-' Kamera aku sorang je ada gambar Isya . Maaf korang , aku tak dapat nak masukkan sebab Isya pesan tolong jangan . Aku terpaksa berjanji dan aku seorang pemegang amanah ! Itu aku . Kalau korang nak jugak tanye Isya , dia cakap on , aku akan upload okayyy :)

So sesudah makan , aku dapat text dari Afif mengatakan yang Aizat dah sampai , so aku mintak no dia terus kol . Kami jumpa di food court bawah . Kat sana ada Dila Carrot , Una Nana & Ahmad Hafiz Fazrin (Ne-Yo Slv) . Kami menunggu Afif , Zatia dan Yan datang . Dorang sampai je kami terus bergerak p berjumpa yang lain kat bowling . kat bawah ni lah first time meet ramai ramai ^_^





Belakang ; Una Nana , Dila Carrot , Midie


Lepas tu kami pun bergerak nak ke kedai mamak atas KTV Imbi .

Kiri ;  Jay Eiichirou

Tiga pic kat atas ni time kitaorang kat kedai mamak tu . Aku pun x tahu lak dorang ade buat sambut birthday Dila Carrot , sebab aku dah gerak ke TS untuk solat bersama Aizat , Afif , Yan & Dyra . Di kesempatan ini aku ingin  mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Dila Carrot ^_^


Lepas tu kami berlima menghala ke Johnny's Restaurant . Gambar kat bawah ni kami sedang menunggu giliran nak masuk ke restaurant tu .



Dan ketika kami bersedia hendak menjamu selera :) Blurppp alhamdulillah ^_^


Gambar gambar kat atas ni kami kat bowling . wohhooo .Dah lame aku x main bowling >_<


Game pertama aku menang , tapi game kedua Aizat menang . Chill lah ^_^

Tengah ; Carol Nyzem , Adib Capital , Wa Ah Pet

Pic kat atas ni pulak time dorang baru lepas karaoke . Time ni aku takde sebab aku dapat panggilan dari Isya yang dia dah sampai . So aku pun berlari p kat depan pintu masuk TS . Malu dia , first time jumpa kan . hee :D


Lepas kitaorang ambil Isya . Takde hala tuju sebab yang lain p tengok wayang . So kami ke food court bawah tadi nak minum . Agak dahaga jugak la . Aizat yang belanja . hehehe :D


Isya segan nak ambil gambar . So Afif pun buat buat malu . Kelakar time kat sini . Sorang sorang kene interview . huehuehue :D



Dekat 5 minit kami mencari orang untuk ambil gambar kami berenam . Akhirnye dapat jugak . hee :D

Alhamdulillah kudrat kehendakNya . Semua selamat , takde ape ape tragedi yang tak di ingini . Before ni aku pernah buat entry tentang gath KakiLIKE jugak . Bulan 8 2011 . Berbuka puasa di Kampung Baru . nie link dia ---> KakiLIKE . Ketika itu arwah Akak Sofea atau dikenali sebagai Sadiqah Qasidah masih ada . Semoga Allah menempatkan beliau bersama sama dengan orang orang beriman . Amin . Rindu kat akak . [ Ketika saya tengah menaip tentang akak ni naik bulu roma saya kak , akak ada kat sini ke akak ketika saya menaip ni ? ) i'll miss you badly :') ]

Banyak lagi gambar gambar . semua ade kat sini [ Gath KakiLIKE ] . Tapi yang friends dengan facebook saya je boleh tengok . Ni link facebook saya {  Muhammad Nazyrul Ashwad } .

Saya dah xtau nak taip ape dah , kehabisan idea , sebab tu la saya berhenti kat sini ..

Assalammualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Tuesday, April 10, 2012

Ego'ies

Assalamualaikum semua . Gambar motor yang kat atas ni motor aku tau . Caye tak ? HAHA . btw motor aku k . Sport rim tu ade lagi . Tapi cover set fiat ni dah takde . Aku dah jual . Sedih kan ? :') Ape ape pon motor ni tetap ade dengan aku sekarang . Aku tengah pandang motor aku ni sekarang . Korang nampak tak ? lalala . Susah senang hidup aku dia tetap ade dengan aku . Dah jauh perjalanan dia bawak aku . Setengah orang hand fone sehidup semati kan ? Aku pun camtu jugak . Tapi fone aku dah bertukar tukar banyak kali dah . Tapi motor aku tak  . Just tukar cover set je pun . Tukar body tak . Gambar gambar kat bawah ni semua cover set yang aku pernah pasang kat motor aku . Sportrim colour colour tu semua aku pernah try . Sekarang semua cover set tu dah takde kat aku , ade yang dah jual dan ade jugak yang kawan kata pinjam tapi buat harta . Takpelah malas aku nak mengungkit . hehe . Motor aku sekarang pakai cover set colour biru laut gitu . Aku pernah bagi orang pakai motor aku . Berbulan bulan dia pakai . Dia menjahanam kan motor aku sampai jemmm . Bila aku barai aku tengok minyak hitam dalam motor aku melekit . Bape lame korang agak dia tak servis ? Cian bini aku sorang ni . Dia pernah buat hal dua tiga kali ketika dengan aku . Tapi takde la menyusahkan aku sangat , cepat je aku dapat atasi . Alhamdulillah :) Mungkin hidup aku dengan dia je selamanya :') 

That's why lah i love you